DANA PEMBINAAN DAN PEMBANGUNAN FASA 1 SURAU MAAHAD TAHFIZ & TURATH
ARRASYAD

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Sabda Rasulullah SAW, "Bentengilah hartamu dengan zakat. ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah, dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana" - HR Ath- Thabrani



* Video dan gambar di atas adalah proses dan progres pembinaan Fasa 1 dan memerlukan RM100,000 sahaja lagi
bagi melengkapkan pembinaan surau untuk kegunaan Maahad Tahfiz & Turath Ar Rasyad.
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kepada penyumbang-penyumbang sebelum ini sehingga berdirinya tapak Surau Maahad Tahfiz & Turath Ar Rasyad. Kami mengalu-alukan sumbangan sasaran kami agar kita sama-sama mendapat manfaat baik di dunia mahupun di akhirat kelak.
Firman Allah swt : Al Baqarah : 261
مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَاۤءُ ۗوَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ
Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.
Hubungan di antara infak dengan hari akhirat sangat erat dan besar sekali.
Seseorang tidak akan mendapat pertolongan apa pun dan dari siapa pun pada hari akhirat, kecuali dari hasil amalnya sendiri selama hidup di dunia, antara lain amal berupa infak di jalan Allah.
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).
Menurut istilah ulama syara’ , Amal Jariyyah juga di sebut sebagai wakaf iaitu menahan sesuatu yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan kemaslahatan serta sebagai taqarrub iaitu mendekatan diri terhadap Allah.
Firman Allah swt : Ali Imran : 92
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ
Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.
Amal jariyah merupakan amalan yang terpuji disisi Allah antaranya ialah membangun masjid atau sekolah, mewakafkan kitab-kitab bermanfaat kepada masjid dan lain-lain lagi.
Antara kelebihan Amal Jariyyah berbentuk sedekah ialah :
1) Bersedekah merupakan jalan kepada pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.
2) Ikhlasnya bersedekah dapat meringankan kesusahan seseorang.
3) Harta orang yang bersedekah tidak akan berkurangan malah ianya akan bertambah.
4) Dengan bersedekah, kita akan terhindar dari bala dan di berkati umurnya.
5) Merahsiakan sedekah memadam kemurkaan Allah manakala sedekah secara terang-terangan pendinding api neraka.
Oleh itu, kita diseru agar sentiasa melakukan amal jariyah dengan penuh keikhlasan kerena tidak bukan saja memberikan maslahat kepada masyarakat umumnya. Bahkan pahalanya akan sentiasa mengalir walaupun kita telah menghembuskan nafas terakhir. Maka tidak rugilah harta yang telah disedekahkan pada jalan Allah.
Firman Allah swt : Al Baqarah : 262
اَلَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُوْنَ مَآ اَنْفَقُوْا مَنًّا وَّلَآ اَذًىۙ لَّهُمْ اَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْۚ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُوْنَ
Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.
Oleh itu, kami berbesar hati agar dengan infaq Tuan Puan akan dapat membantu pentadbiran kami serta kemasukan pelajar yang akan bermula pada November-Disember 2021 ini. Insyaallah.
فَاسۡتَبِقُوا الۡخَيۡرٰتِ
Maka berlumba-lumbalah kamu dalam mengejar kebaikan.

Lot 519, Mukim Pantai,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
No Tel : 011-1065 6601
013- 685 2486
LIKE & SUBSCRIBE di Media Sosial
FB : Ar Rasyad
Youtube : Tahfiz & Turath Ar Rasyad